Automasi Perakaunan
Hanya keluarkan invois, rekodkan pembayaran dan perbelanjaan. Financio akan menguruskan perkara-perkara lain seperti menghasilkan borang perakaunan dan rekod cukai untuk anda.
e-Invois
Buat invois yang profesional dan hantarkannya kepada pelanggan anda secara elektronik melalui e-mel hanya dengan beberapa klik.
Sesuai untuk SST Malaysia
Financio adalah sesuai untuk SST-Malaysia, anda boleh keluarkan cukai seperti yang disyorkan oleh Kastam Diraja Malaysia hanya dengan beberapa klik.
Bekerjasama
Hantar dan terima mesej serta berkongsi fail yang berkaitan dengan urus niaga dengan pelanggan atau pembekal anda, tanpa mengira sama ada mereka menggunakan Financio atau tidak.
Sambungan Financio
Hubungkan perniagaan anda dengan perniagaan lain di Financio. Transaksi, mesej, fail dan kemas kini boleh dihantar dan dibalas dengan mudah.
Pengguna yang Tidak Terhad
Ajak rakan kongsi, akauntan, penyimpan kira-kira, pekerja jualan dan berikan kebenaran akses yang sesuai bagi mereka untuk mengurangkan beban kerja anda.
Panel pemuka berbilang bahasa
Financio hadir dalam tiga bahasa! Untuk menjadikan perakaunan anda lebih mudah, anda boleh memilih untuk menggunakan Financio dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Rekod Bank
Rekod Bank membenarkan anda untuk mengimport penyata bank secara automatik ke dalam akaun bank atau akaun kad kredit anda daripada bank dan institusi kewangan lain.
Invois Berulang
Jika perniagaan anda perlu menghantar jumlah invois yang sama berulang kali, kenapa anda tidak tetapkannya secara automatik! Sekarang anda boleh hantarkan invois secara automatik kepada pelanggan anda setiap minggu, setiap bulan, setiap 3-bulan, setiap 6-bulan atau setahun sekali.
Integrasi JomPAY
Kumpulkan pembayaran dengan pantas, berkesan dengan kos yang rendah dan sambungan mudah melalui mana-mana bank di Malaysia. Pelanggan anda akan menikmati kemudahan dan kesenangan membayar anda dari mana-mana bank.
Integrasi Kakitangan
Kakitangan.com merupakan platform atas talian bagi SME, memudahkan HR dengan menyediakan anda satu platform untuk menguruskan pembayaran gaji, manfaat, maklumat pekerja anda dan banyak lagi.
Integrasi StoreHub
Storehub, membantu pemilik perniagaan menguruskan dan membina perniagaan mereka dengan Sistem POS iPad, Pengurusan Inventori, Pengurusan Hubungan Pelanggan, Pengurusan Runcit, dan Omnichannel.
Kebenaran Fleksibel
Tetapan kebenaran yang sangat disesuaikan (hanya boleh baca, buat atau luluskan) pada setiap modul untuk membolehkan anda memberi kebenaran tepat kepada pekerja anda.
Carta & Laporan
Carta dan laporan langsung di hujung jari anda apabila anda memerlukannya. Anda sentiasa dikemas kini dan mempunyai idea yang lebih baik tentang bagaimana status kemajuan perniagaan anda.
Berasaskan Dalam Talian / Awan
Perisian perakaunan berasaskan talian / berasaskan web. Akses data anda di mana saja dengan mana-mana mudah alih, tablet atau komputer yang bersambung. Untuk PC, Mac, Android atau iOS.
Sandaran Langsung
Semua data yang disimpan di Financio hadir dengan satu salinan sandaran langsung dan salinan kedua sebagai sandaran harian, jadi anda tidak perlu risau tentang kehilangan data anda lagi.
Sangat selamat
Kami menggunakan keselamatan tahap perbankan di pelayan kami dan untuk data yang dipindahkan antara mesin anda dan pelayan kami. Data anda selamat dengan kami.
Sokongan Responsif
Pangkalan pengetahuan kami memberikan jawapan segera kepada anda. Selain itu, ejen sokongan kami akan berbesar hati menjawab pertanyaan anda melalui perbualan langsung / e-mel.