BUAT PEMILIK PERNIAGAAN

Anda tidak perlu menjadi akauntan untuk menggunakan Financio. Ia direka untuk semua pemilik perniagaan dan bagi mereka yang tidak mempunyai latar belakang akauntan. Panel pemuka dan langkah-langkah penggunaan semuanya direka dari perspektif pengguna amatur.

AUTOMASI PERAKAUNAN

Anda hanya perlu lakukan apa yang anda suka dan tumpukan perhatian untuk mengembangkan perniagaan anda, serahkan urusan yang lain kepada kami. Financio akan menjana penyata perakaunan dan rekod cukai secara automatik untuk anda apabila anda merekodkan transaksi anda di Financio.

UNTUK SEMUA PERNIAGAAN

Financio direka untuk semua perniagaan. Kami mereka panel pemuka dan fungsi kami berdasarkan maklum balas yang kami kumpulkan dari pemilik perniagaan tempatan.

PANEL PEMUKA PENGGUNA YANG INDAH

Kami percaya bahawa perisian perusahaan tidak boleh kelihatan hodoh atau ketinggalan zaman. Laman Financio merupakan salah satu panel pemuka yang terbaik dan paling kemas untuk penyelesaian urusan perakaunan yang anda boleh dapati di pasaran.

PENGURANGAN KERTAS KERJA

Sememangnya menyusahkan jika terdapat ribuan salinan dokumen disimpan di pejabat anda. Pindahkan dokumen anda secara dalam talian dengan Financio dan jadikan carian dokumen anda lebih mudah dan boleh diakses di mana sahaja di planet ini.

KEPANTASAN PENTING

Financio umumnya boleh dimuat dalam masa 3 saat. Invois boleh dikeluarkan dalam masa 1 minit atau kurang. Ini akan mengurangkan masa dari terbuang semasa menunggu masa proses yang membosankan.

Salinan tender invois anda dihantar kepada pelanggan anda dalam 0.05 saat dan dibayar oleh pelanggan anda dengan lebih cepat.

SEMUA URUSAN DI BAWAH 1 BUMBUNG

Kami tahu betapa sakit hatinya proses untuk mendapatkan sekeping maklumat kecil dari ratusan e-mel atau cuba untuk mengingat kembali beberapa temu janji yang anda buat melalui panggilan telefon 3 bulan yang lalu. Dengan Financio, anda boleh membawa transaksi, dokumen dan perbualan anda dalam talian dan disimpan secara digital di bawah satu bumbung.

SENTIASA BERHUBUNG

Financio mengadaptasi seni bina yang unik yang dipinjam dari rangkaian sosial, yang membolehkan anda menyambungkan terus dengan perniagaan lain di Financio. Membuatnya mudah untuk menghantar transaksi, dokumen, mesej dan kemaskini antara kedua-dua belah pihak,mendorong produktiviti ke satu tahap yang baru.